Bagi meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar,Pusat Sumber Sekolah dengan Kerjasama Galeri Budayatelah melancarkan "Maraton Baca" pada 25 April 2011bertempat di Dewan Warisan SMK Temenggong.Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhammad Nazari b. Abdul Hamid iaitu Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.
PUSAT SUMBER SMK TEMENGGONG
Kati, 33020 Kuala Kangsar Perak, Darul Ridzuan
Tuesday, 3 May 2011
Thursday, 17 February 2011
Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber dan pengawas Galeri
Seramai 35 orang Pengawas sekolah, 34 orang pengawas Pusat Sumber dan 15 orang pengawas Galeri sesi 2011 telah dilantik dalam majlis Watikah Perlantikan ini oleh Pn Zalihah Bt Mat HArun Pengetua SMK Temenggong dan diiringi Pn Hasnun Bt Musa Penolong Kanan Hal EHwal Murid. Pengetua Pn Zalihah bt Mat HArun mengharapkan agar pengawas-pengawas dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi pemimpin kepada rakan-rakan sebaya.
Tarikh : 30 Januari 2011Masa : 7.30 pagi
Tempat : Pekarangan Perhimpunan
VISI DAN MISI
VISI
Menjadikan SMK Temenggong, komuniti berilmu dan terbilang yang menjadi kebanggaan masyarakat menjelang tahun 2010
MISI
Kami bersama- sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang:
Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan telus dan tulus
Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang
Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan
Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovasi
Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini terletak 18 km dari bandar Kuala Kangsar. Keluasan kawasannya adalah 14 ekar. Pada tahun 1965 sekolah ini dibuka dengan dikenali sebagai Sekolah Aneka Jurusan.Kemudiannya diberi nama Sekolah Menengah Rendah, Kati. Pembinaan sekolah ini adalah atas desakan pemimpin dan masyarakat setempat serta sokongan kuat daripada Toh Muda Haji Abdullah yang merupakan Wakil Rakyat pada masa itu.
Pengetua yang pertama ialah Encik Abdul Hadi bin Haji Abd. Latif. Beliau telah dibantu oleh seorang Penolong Kanan serta 2 orang guru sementara. Jumlah pelajarnya pada masa itu ialah seramai 60 orang.Pada tahun 1968 nama sekolah ini telah ditukar kepada “Temenggong” atas beberapa alasan:

- Jawatan Temenggong adalah satu jawatan Orang Besar Empat Negeri Perak.
- Pemegang Jawatan Temenggong secara automatik menjadi Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.
- Adat Temenggong diamalkan di Perak
- Orang Kaya Temenggong banyak memberi sumbangan kepada sekolah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)